Hak cipta novel oleh Syazwanie Razali. Powered by Blogger.
RSS

PUTERA SYAWAL, BHG 2 (dua bulan sebelum lahirnya syawal)

    Kemudian ke lima-lima mereka beredar serentak meninggalkan tempat itu. Tengku Hakim menyapu peluh di dahinya dengan tapak tangan. Terlepas sahaja dari pandangan mereka dengan pantas Hakim berlari mendapatkan kertas itu.
Di lubuk hati Hakim berkata adakah dia perlu membukanya dan membacanya sekarang? atau mungkin dia perlu membuka dan membacanya di hadapan kedua putera dan puterinya. Di lubuk hati Hakim berkata lagi apakah risiko apabila puterinya yang sarat mengandung turut membacanya?
    Jikalau isi kandungannya membawa kebaikkan mungkin ia tiada apa-apa risiko bagi bayi yang dikandung. Tetapi jikalau isi kandungannya menyakitkan mungkin ia akan menjejaskan bayi yang bakal lahir. Lalu tanpa berfikir panjang Tengku Hakim berat hati menggambil keputusan untuk membacanya seorang diri. Tengku Hakim mula membukanya dengan perlahan-lahan, jantungnya berdegup kencang.
    “ayahanda…”panggil Puteri Emma berulang-ulang kali.
Hakim tersedak buat seketika. Terperanjat apabila  mendengar panggilan ayahanda memanggil berulang-ulang kali. Sebaik saja Tengku Hakim berpaling  kelihatan Puterinya tersenyum kecil. Hakim bingkas menyorokkan kertas tadi di dalam samping yang di pakai. Lalu menyahut panggilan Puterinya.
   “ya Puteriku..”
   “ayahanda buat apa..!? mari ke depan.. nanti dingin pula air kita.”
   “…tak ada apa-apa sayang..mari kita ke depan.” Ujar Hakim dengan tangan kanannya di letakkan ke atas bahu Puterinya. Apabila tiba di meja, Putera Irfan berdiri untuk membantu isterinya duduk.
   “oh kanda ..dinda bukannya anak kecil…” ujar Puteri Emma tertawa kecil.
   “kanda tahu..” balas Irfan dengan bebola matanya memandang ke arah ayahandanya.
    Di ruang tamu, Tengku Hakim begitu gelisah kerana asyik mengingatkan surat itu. Walau bagaimanapun dia tahu yang dia tidak seharusnya menunjukkan sikap sedemikian di hadapan putera dan puterinya. Tengku Hakim cuba sedaya upaya untuk bersikap seperti biasa. Malangnya perasaan untuk mengetahui isi kandungan surat itu semakin memuncak.
Hanya mendengar bunyi degupkan air sahaja di ruang tamu itu bersertakan dengan bunyi percikan air di kolam ikan di balik ruang tamu. Tengku Hakim menghabiskan airnya lantas meninggalkan gelas di atas meja itu.
   “ayahanda masuk ke kamar dahulu.. selamat malam..” ujar Tengku Hakim.
“baiklah ayahanda..selamat malam..” ujar Puteri Emma serentak bersama Putera Irfan.
Tanpa disedari surat yang di sorokkan di samping Tengku Hakim tadi hampir jatuh. Puteri Emma dan suaminya menyusur di belakang ayahandanya. Puteri Emma sudah perasan sepertinya ada sesuatu di samping ayahandanya.
   “ayahanda, apa di sam…”
   “hah..oh tak ada apa-apa sayang..”ujar Tengku Hakim sedikit cemas.
Putera Irfan melihat ayahandanya dengan penuh curiga. Apa sebenarnya di balik  samping ayahandanya itu. Dari pandangan matanya, itu adalah seperti sehelai kertas.  Tetapi jikalau hanya sekadar kertas kosong kenapa ayahandanya nampak sedikit panik ketika Puteri Emma menanyakan soalnya.!? Itulah perkara utama yang bermain di fikiran Putera Irfan ketika itu.
   “erm..dinda masuk ke kamar dahulu ya..kanda mahu ke kamar ayahanda sebentar..”ujar Putera Irfan lembut.
   “ya lah.. tetapi jangan terlalu lama ya..”
   Putera Irfan berlari mendapatkan Tengku Hakim. Tiba di kamar, Hakim mula untuk membaca surat itu. Hakim membuka ikatannya dengan perlahan. Tengku Hakim berhenti seketika apabila melihat pintu kamarnya yang besar itu di buka dengan perlahan-lahan.
   “ayahanda.. kenapa…!?”
Pertanyaan Putera Irfan berhenti seketika apabila melihat ayahandanya memegang sehelai kertas di telapak tangan nya.
   “kertas apa itu ayahanda.!?”
Tengku Hakim berusaha untuk menyembunyikan nya lagi tetapi sudah terlambat. Puteranya sudah pun tahu dan sudah pun menyaksikan nya. Akhirnya Tengku Hakim mengambil keputusan untuk membacanya bersama-sama Puteranya.
   “Irfan janji dengan ayahanda..tolong jangan ceritakannya pada Emma..kamu tahulah yang dia sedang hamil kan..” ujar Tengku Hakim cemas.
“ya..ayahanda tenang saja..anakanda janji tidak akan ceritakan pada nya..”balas Putera Irfan.
Putera Irfan dan Tengku Hakim mula membaca surat itu.



Wahai pengikut ku yang setia,
   Engkau memang setia bersama ku.tetapi itu dahulu. Hei penkhianat.mana janji kau? Janji yang nak satukan anak kita. Puteri Emma dan Syaraf anakku.  Jangan kau fikir kau boleh terlepas. janji tetap janji. Tetapi tidak mengapa kerana anakku sudah ada pengganti iaitu Suhana. Kau masih ingat dia kan. Orang kuat ilmu sihir. Kau tentu mahu tahu apa yang terjadi pada kumpulan kita  setelah kau berempat  tiada kan.!? Sungguh menyedihkan. Hidup aku menjadi kucar-kacir. Konco-konco kita pergi entah ke mana. Mereka semua sudah tidak mahu lagi meneruskan ilmu-ilmu ini. Tetapi sekarang aku sudah menumbuhkan kumpulan baharu. Yang lebih hebat dari dahulu.Maka sekarang tibalah masanya untuk MEMBALAS DENDAM. Dendam yang telah lama di pendam. TUNGGU PEMBALASAN DARI AKU.
                                                                                           [ Harry Effendy_Jerangkap Maut ]


Belum sempat Hakim mengulung surat tadi. Satu suara bergema dari luar jendelanya dengan menyatakan ‘AKU AKAN BUNUH SEMUA YANG MENGKHIANATI HARRY EFFENDY’.
    Irfan bergegas membuka jendela. Pantas  Irfan memandang ke langit yang gelap gelita serta yang hanya di teranggi cahaya bulan. Terdapat asap hitam yang menjelmakan wajah seorang lelaki. Lelaki tersebut memandang dengan penuh kebencian. setelah melihat dengan mata dan kepalanya sendiri. Baru lah Irfan mempercayainya. Dulu hanya sekadar mendengar buah mulut orang. Tetapi sekarang Irfan telah menyaksikan nya sendiri. Bahawa yang diperkatakan orang selama ini wujud. Kumpulan yang paling di takuti iaitu jerangkap maut benar-benar wujud. Samada mahu percaya atau tidak itu terpulang atas kehendak masing-masing.
    Apa yang sedang mengganggu fikiran Putera Irfan kini hanyalah keselamatan Puteri Emma dan kandungannya. Jikalau benar kata-kata sebentar tadi…!?
   “…erm..ayahanda, benarkan anakanda bertanya sesuatu..”
   “apa anakanda.?”
   “adakah ayahanda pernah menyertai kumpulanya.!?”
   “…ya anakku..memang benar..dan selama ini kamu menganggap ayahanda adalah seorang lelaki yang sempurna dan sejati..sebenarnya sangat pengecut..” jawab Tengku Hakim dengan berat hati untuk berkata.
   “tidak..ayahanda tidak pengecut..dan ayahanda tidak pantas digelar pengecut..ayahanda yang anakanda kenal seorang yang bertanggungjawab dan berani orangnya..”
   “…sangat berbeza dengan Harry Effendy..dia hanya mengharapkan konconya saja yang buat kerja nya sedangkan dia...” tambah Putera Irfan lagi
   “sudah lah nak..ya..terima kasih nak kerana memberi semangat kepada ayahanda..” ujar Tengku Hakim dengan mengukir senyuman kecil di bibir.
Suasana senyap seketika. Tengku Hakim dan anakandanya Putera Irfan berpelukan buat seketika. Kelihatan dimata Tengku Hakim penuh dengan ketakutan. Tetapi kenapa? Putera Irfan cuba menenangkannya dengan satu kata semangat semasa mereka berpelukkan.
“ayahanda usah fikirkan apa yang di perkatakannya tadi.Mana mungkin anakanda akan membiarkannya. Ayahanda juga tahu anakanda ada rahsia juga..”
“…oh ye, dimana kamu simpan keris-keris sakti yang ayahanda kamu wariskan itu..!?”
“ternyata ayahanda masih ingat lagi akan keris-keris itu..anakanda sangka ayahanda sudah lupa.” Ujar Putera Irfan tersenyum kecil apabila melepaskan pelukan.
“sudah tentu ayahanda ingat.ia wariskan keris-keris itu kepada keturunan kamu.erm…dimanakah letaknya keris-keris itu sekarang.!?” Tanya Tengku Hakim.
“usah risau ayahanda.anakanda simpannya di tempat yang orang tidak sangkakan..” ujarnya tenang
“apa maksud kamu!?”
“di bilik kebal bawah tanah..ia sangat selamat dan aman di situ..”
“apa betul kata ayah kamu sebelum mangkat.. yang keris-keris itu dapat mengatasi sihir yang berkuasa  seperti Harry Effendy.?”
“lebih kurang..”jawab Putera Irfan teragak-agak
    Tengku hakim kelihatan tenang semula. Putera Irfan menarik nafas lega apabila melihat ayahandanya tersenyum kembali seperti sedia-kala.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PUTERA SYAWAL, BHG 1 (Mimpi ngeri)

   “AKAN KU HANCURKAN SELURUH KELUARGA KAU HAKIM ..!! hahaha”
   “Dinda..dinda..bangun dah senja ni..” Puteri Emma bangun dengan peluh membasahi seluruh tubuhnya serta badannya menggeletar. Putera Irfan  selaku suaminya berkata.
   “oh tuhan ku.. dinda kenapa ni.? dinda mimpi buruk lagi ke.!?”
   “erm.. ya kanda.. seolah-olah ada sesuatu yang buruk yang akan  menimpa keturunan kita.” jawab Emma dengan nada suara yang keletihan.
   “apa maksud dinda.!?” Tanya Irfan bercampur kebinggungan.
   “entahlah dinda pun tak tahu.. tapi dinda masih ingat apa yang dia  cakap.”balas Puteri Emma.
   “dia cakap apa.!?” lantas suaminya bertanya.
  “dia cakap  ‘AKAN KU HANCURKAN SELURUH KELUARGA KAU HAKIM ..!!’  lepas tu dia ketawa sinis” jelas Emma dengan bersungguh-sungguh.
   “hahaha.. lagi apa yang dia cakap .!?” suaminya ketawa .
  “kenapa kanda ketawa? tak ada yang lucu di sini..”
     Selesai sahaja perbualan mereka Puteri Emma bingkas bangun dari katil nya lalu menutup jendela. Putera Irfan sekadar dapat melihat sahaja tingkah laku isterinya yang separuh marah itu, kalau ditegurnya melenting pula. Sesudah saja menutup jendela Emma turun ke bawah bersama-sama suaminya untuk makan malam bersama ayahandanya.
   Walaupun mereka berdua tiba di meja makan dengan raut wajah yang kurang ceria tetapi di sebalik kemurungan itu ada keserasiannya. Di ruang makan yang besar, luas dan selesa serta warna-warna yang indah Puteri Emma dapat menikmati hidangan yang enak serta lazat tanpa sebarang masalah pun yang bermain di fikirannya. Puteri Emma menghabiskan dua mangkuk bubur ayam kegemarannya dengan penuh selera sekali.
   “besar selera kamu hari ini..” ujar Tengku Hakim  sambil tersenyum melihat puteri kesayangannya sepintas lalu memandang ke perutnya yang semakin membesar itu.
  “untuk bayi tersayang ..” balas Irfan dengan bebola matanya memandang ke arah isterinya .Walau bagaimanapun Emma sekadar tersenyum sambil menghirup kuah bubur ayamnya.
   Kedengaran bunyi berderap di dapur seperti bunyi sesuatu yang terjatuh tetapi mereka buat endah tak endah sahaja kerana mereka sudah mengetahuinya,  pasti pembantu rumahnya telah menjatuhkan satu lagi pinggan emas di dapur, lagi pun bukan kali pertama dia jatuhkan barangan itu. Tengku Hakim bertanya.
   “apa nama anak kamu bila dah lahir nanti .!?”
  “entah lah ayahanda..  erm lagi pun kita belum tahu lagi jantinanya ..!!”  jawab Irfan
    Tengku Hakim berdiri lalu ke dapur dengan alasan untuk melihat apa lagi yang di jatuhkan oleh pembantu rumahnya. Di dapur Hakim menyuruh pembantu rumah keduanya membuat susu kurang manis untuk Puteri Emma manakala dua lagi milo untuknya dan Putera Irfan. Sementara menunggu minumannya siap Tengku Hakim membuka pintu dapurnya yang agak besar dengan luas supaya angin malam yang segar memenuhi ruangan memasak itu.
    Diluar pagarnya terdapat kelibat dua orang lelaki yang seorang itu berbadan tegap, tinggi serta berisi. Memakai pakaian berwarna biru gelap dan seorang lagi berbadan langsing serta tinggi lampai. Memakai t-shirt berwarna merah seperti darah, berlengan panjang. Masing-masing memandang ke arah rumah yang diduduki oleh Hakim serta seorang puteri perempuan yang sudah berkahwin. Di tangan salah seorang daripada lelaki itu memegang sesuatu, seperti satu kertas yang bergulung dipegangnya. Angin malam sepoi-sepoi memenuhi ruang dapur yang luas serta selesa itu.
Kedua-dua lelaki itu masih belum menyedari bahawa Tengku Hakim sudah mengetahui kehadiran mereka. Selain daripada mereka berdua, masih ada tiga orang lagi yang salah seorang dari mereka berada di tempat yang berlainan. Mereka juga sedang memandang kearah rumah yang di dudukki Tengku Hakim sekeluarga.
Air telah mendidih, beberapa saat kemudian air yang diminta telah siap di buat.
   “tuan air sudah siap.. mahu saya hantar ke depan.?” ujar  pembantunya sambil menatang sedulang cawan yang berisi air.
   “tolong hantarkan air itu ke depan” balas Hakim kepada pembantunya.
   “baiklah tuan …” .
Hakim masih lagi mengendap, dua daripada lima orang tadi telah menyendari bahawa kehadiran mereka sudah diketahui oleh Hakim. Sejenak sedar, lelaki  tinggi lampai tadi terus mengisyaratkan kepada tiga orang lagi konco-konconya supaya terus beredar dari situ. Salah seorang dari konconya yang berpakaian sama telah menjatuhkan sehelai kertas yang diikat dengan menggunakan benang halus ke dalam halaman rumahnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hamster