Hak cipta novel oleh Syazwanie Razali. Powered by Blogger.
RSS

PUTERA SYAWAL, BHG 3 (Rancangan pentempuran)

Bulan Ramadan kini menjelang. Sekarang tibalah masanya untuk semua umat Islam berpuasa. Selain itu, yang paling di senangi oleh keluarga Tengku Hakim ialah kumpulan Jerangkap Maut tidak berkuasa apabila bulan Ramadan muncul.
   Bulan yang sangat indah. Tidak ada gangguan dan tidak ada peperangan. Para umat islam berulang alik ke masjid dan surau untuk menunaikan solat sunat tarawih. Tidak kurang bagi kanak-kanak atau remaja-remaja mereka suka bermain mercun dan bunga api selapas solat sunat tarawih selesai. Tetapi harus berhati-hati kerana syawal pula akan menyusul selepas ini.
“ seronok benar tengok budak-budak itu bermain kan kanda..”ujar Puteri Emma sambil menggosok perut nya.
“benar tu dinda.. erm.. dinda..”jawab Putera Irfan.
“ya kanda..” sahut Emma dengan matanya sedang asyik memandang mereka yang sedang bermain.
“apakah nama anak kita setelah dia dilahirkan nanti.!?” Tanya Putera Irfan
“erm.. jikalau perempuan, dinda mahu namakan ia ‘Puteri Syazwina’.. manakala lelaki pula, dinda mahu menamakan ia ‘Putera Syawal’.. sempena bulan syawal yang bakal tiba ini.. bagaimana dengan pendapat kanda.!?”
“jikalau perempuan ayahanda lebih suka nama ‘Cecille’ kerana nama itu unik..” sapuk Tengku Hakim daripada belakang.
“oh ayahanda..” ujar Puteri Emma dan Putera Irfan serentak.
“ya anak-anakku.. bisa ayahanda duduk lihat-lihat bersama.?” Tanya beliau.
“oh sudah pasti..” jawab kedua-dua anaknya.
   Malam yang indah serta diterangi cahaya bunga api dan bunyian mercun di hadapan rumah Tengku Hakim. Tengku hakim yang baru pulang dari masjid bersama Putera Irfan belum sempat mengganti baju melayunya terus bersama-sama menonton nya. Bagai di dalam panggung wayang pula apabila menyaksikannya. Kelihatan kanak-kanak begitu gembira sekali.
“eh, sudah masuk jam lapan ke belum ni.?”
“sudah ayahanda..” putera Irfan menunjukkan jam tangan yang dipakai nya kepada ayahandanya
“mari kita ke dalam.. sebentar lagi pengumuman raya akan di umum kan..” Ketiga-tiga beranak tadi masuk ke dalam istana nya bersama-sama.
   Televisyen di buka oleh Tengku Hakim. Puteri Emma dan Putera Irfan duduk di sofa bersebelahan dengan telefon rumah nya. Puteri Emma mencapai telefon rumah yang berada di sisinya kemudian menekan nombor telefon dapur nya. Disuruhnya supaya pembantu rumah membawakannya sebakul buah-buahan segar dari peti sejuk. Sementara menunggu buah-buahan di hantar oleh penbantu rumahnya, pengumuman tarikh hari raya puasa telah di umumkan di televisyen sebentar tadi. Mengikut apa yang telah disampaikan sebentar tadi, tarikh hari raya puasa jatuh pada hari ahad.
   Esok tamat lah bulan ramadhan pada tahun ini. Hari ahad pula semua umat islam menyambut hari raya aidilfitri. Tidak kira di mana pun mereka berada pasti disambut dengan meriah sekali. Baju raya yang hendak dipakai di pagi hari raya nanti telah siap dijahit oleh tukang jahit istana. Sungguh mempesonakan apabila dipakai di pagi hari raya.
***
Ramadhan sudah berlalu, kini terbuka lah tirai aidilfitri pula. Di pagi yang mulia ini ku susun sepuluh jari memohon kemaafan dari ayahanda dan kanda. Seperti biasa selepas menikmati hidangan yang lazat dan berkhasiat itu umat islam disunatkan ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri secara berjemaah.
   Puteri Emma mengenakan baju kurung bersulam yang berwarna ungu, manakala suaminya mengenakan baju melayu berwarna ungu juga serta mengayakannya dengan samping berwarna merah jambu. Tidak ketinggalan ayahanda mereka juga memakai baju melayu berwarna ungu dan samping berwarna merah jambu. Boleh dikatakan tema pakaian raya mereka pada tahun ini ialah ungu.
   Takbir raya bergema ke seluruh pelusuk kawasan perkampungan yang didiami oleh Tengku Hakim. Masing-masing bergegas ke masjid sebaik sahaja takbir raya dilaungkan. Pelbagai fesyen digayakan oleh mereka, bagi kaum adam kebanyakan pilihan yang dipilihnya ialah baju melayu dan samping. Kaum hawa gemar berbaju kurung dan kebaya. Bagi seseorang yang mempunyai susuk tubuh yang langsing lebih terserlah keayuan beliau jika mengenakan kebaya.
   Di sudut lain kumpulan Jerangkap Maut memerhatikan gerak-geri Tengku Hakim dan keluarga meriah sungguh pada hari raya pertama. Pelbagai hidangan dan juadah disediakan di kediaman masing-masing. Kaum dewasa mengambil kesempatan di hari raya ini untuk bermaaf-maafan, berkunjung ke rumah sanak saudara dank e rumah jiran tetangga. Kanak-kanak pula bukan main seronok mereka pergi beraya keliling satu kampung untuk mendapatkan duit raya.
“Assalamualaikum..” sapa Putera Irfan
“Waalaikumusalam..”  jawab Eskandar dan isteri
“selamat hari raya kawan.” Putera Irfan sambil memeluk rakannya Eskandar
“selamat hari raya maaf zahir batin sekali. Sayang mari lihat siapa yang datang ni..”
“ya saya datang. Kamu semua makan dulu ye, nanti aunty datang balik.” Pesan Suraya kepada kanak-kanak yang datang beraya.
“Suhana, selamat hari raya maaf zahir batin.” Sapa Puteri Emma kepada Suraya
“oh Emma. Tengku Hakim pun ada? Mari lah masuk” ajak Suraya
   Tengku Hakim, Irfan dan Emma pun masuk ke dalam banglo mewah kepunyaan Suraya dan suami. Di dalam mereka saling bertukar-tukar topik bual bicara, bermula dari topik persiapan raya ke topik kumpulan jerangkap maut seterusnya diikuti oleh topik-topik yang mereka rasa menarik. Topik yang terakhir yang di bualkan mereka ialah tentang kehamilan Puteri Emma. maklum lah semenjak Puteri Emma menghamilkan anak sulung ni banyak pantang larang yang harus diikuti. Di ruang tamu, kanak-kanak yang di pesan oleh Suraya supaya menunggu masih menunggu. Suraya pula asyik berbual sehingga terlupa bahawa kanak-kanak belum diberi wang raya. Oleh kerana banyak lagi rumah yang belum dikunjung. Salah seorang daripada mereka bersuara manja.
“aunty, kami nak ke rumah sebelah pula. Erm… nak duit raya..! hehe..” katanya sambil tertawa kecil
“oh maaflah.. aunty terleka tadi asyik sangat berbual. Nah duit raya nya”
“terima kasih aunty.. cantik aunty hari ini” ucapnya sambil memuji
   Matahari tidak lagi kelihatan yang mula kelihatan ialah bulan dan bintang. Hari mulai malam, keseronokkan pada hari itu terbawa ke malam. Tanpa disedari Harry Effendy dan kumpulannya merancang untuk membalas dendam terhadap Tengku Hakim malam ini. Masa yang di tunggu-tunggu oleh Harry selama ini bakal terjadi beberapa detik sahaja lagi.
“detik yang aku nantikan selama ini akhirnya akan tiba juga.” Bisiknya di dalam hati sambil tersenyum sinis
“apa yang disenyumkan tu?” suara yang garang kedengaran dari belakang
Harry menoleh kebelakang ternyata anaknya Syaraf Effendy yang menegur.
“kau rupanya, sudah siap untuk bertempur tengah malam ini?”
“papa saya sudah kahwin buat apa lagi kita nak balas dendam terhadap keluarga Hakim.? Kalau saya masih belum beristeri sampai sekarang wajarlah papa menagih janji sama mereka”
“aku bukan nak dia tepati janji dia yang dah lepas tu sangat. Cuma aku tak boleh terima, disebabkan dia aku kehilangan tiga orang rakan dan pengikut aku” jerkah si ayah kepada si anak.
Syaraf menundukkan kepala dan berundur .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Hamster